
|
Hello!
Tagboard! Big Claps Template: Iwani Johana Freebies:Atiqah Editor:mushi mushi Other: Mr. youtube, Mr. Google
| Tazkirah :)
Tutuplah aib sendiri dan orang lain
Terdapat satu kisah seorang lelaki Bani Israil telah bermaksiat kepada Allah selama 40 tahun.
Dia tidak pernah meninggalkan maksiatnya itu dan tidak pernah pula sekalipun dia bertaubat.
Diizinkan
Allah, datang suatu tahun yang kemarau sangat panjang. Hujan tidak lagi
turun, ternakan kurus kering, tanaman semuanya mati, sungai pun
menampakkan dasarnya yang kering kontang.
Maka Bani Israil pun berkata kepada Nabi Musa a.s. : "Ya Musa, berdoalah kepada Allah supaya menurunkan hujan."
Maka Nabi Musa a.s. pun mengumpulkan semua Bani Israil seraya berdoa bersama : "Ya Allah turunkanlah hujan...Ya Allah turunkanlah hujan..."
Hujan masih jua belum turun. Nabi Musa a.s. selanjutnya berbicara dengan Allah : "Ya Tuhanku, mengapakah hujan masih belum turun?"
Maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa : "Aku
tidak akan turunkan hujan kerana ada seorang lelaki di antara kamu yg
telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun. Kerana maksiatnya itu, aku
menahan hujan dari turun."
Maka Nabi Musa berkata : "Jika demikian, apa harus aku lakukan?"
Maka firman Allah : "Keluarkannya dari tempat ini."
Maka Nabi Musa pun berkata kepada kaumnya :"Wahai
Bani Israil, di antara kita ini ada seorang yang telah bermaksiat
kepada Allah selama 40 tahun. Dan kerana maksiatnya itulah Allah telah
menahan hujan dari turun. Dan Dia tidak akan menurunkan hujan
sehinggalah si pemaksiat itu keluar meninggalkan kita. Maka, keluarlah
dari sini siapa pun kamu wahai pemaksiat!"
Orang yang
melakukan maksiat itu pun sedar dialah yg dimaksudkan itu. Dia pun
melihat sekelilingnya, mengharapkan ada seorang lain darinya akan
keluar. Tetapi tiada seorang pun keluar.
Maka si pemaksiat ini pun mula bermunajat kepada Allah : "Ya
Tuhanku, aku telah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun... Kau menutup
maksiatku itu dari pengetahuan ramai... Dan jika aku keluar pada hari
ini, maka akan terbongkarlah aibku... Aku berjanji kepada-Mu aku tidak
akan kembali lagi melakukan maksiat ini... Ampunilah aku ya Allah...
Tutupilah aibku ya Allah..."
Maka dengan kehendak-Nya, hujan pun mula turun.
Nabi Musa pun menjadi hairan, "Ya Rabb, Kau telah turunkan hujan, tetapi tiada seorang pun yang keluar meninggalkan kami."
Maka kata Allah SWT, " Wahai Musa, Aku turunkan hujan kerana kegembiraan Ku dengan taubat hamba-Ku yang telah bermaksiat selama 40 tahun itu."
Maka kata Nabi Musa : "Tunjukkanlah aku siapa orang itu, supaya dapat aku sampaikan berita gembira ini."
Kata Allah
SWT : "Wahai Musa, dia telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun dan
aku menutup maksiatnya itu. Maka adakah pada hari dia kembali kepada-Ku
aku mendedahkan siapa dia?"
**********
Jika Allah SWT
telah menutup aib seorang hamba-Nya yang telah melakukan maksiat selama
40 tahun dan mengampunkan dosa-dosanya ketika mana dia bertaubat,
kenapakah kita tidak boleh menutup aib saudara-saudara kita ?
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “Orang yang menutupi aib orang lain di dunia, Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
kat sini jugak aku nak kongsi dua doa yang bolehlah diamalkan selalu.
tahukan Allah memberi kelebihan kepada orang orang soleh yang mana they can see what others can't see?
tengok je muka, ZASSS terus tahu dah si polan bin si polan ni perangai macam mana.
telek je tangan ZASSS tahu dah si polan binti si polan ni subur ke tak, nak laki macam mana haaa kau jangan main main.
amalkan doa ni, Allah hummas tur 'uyubana bisitrikal jamil....
Ya Allah tutupilah aibku dengan penutup yang indah.
mudah- mudahan aib kita tidak akan tersingkap di depan orang soleh InsyaAllah.
doa kedua ni pulak
adalah doa bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT supaya memelihara
kita dan menutup pandangan orang lain daripada melihat kita.
Mungkin masa tu malam, kite perempuan . tanpa ada teman lak tu . jalan sensorang diri di sebuah lorong sempit untuk
pergi ke kedai membeli sepeket gula buatan Mak Jemah. hajat di hati
mestilah kita seboleh bolehnya memang taknaklah kan menjadi mangsa orang
jahat.
ini doanya, dipetik dari Surah Yaasiin ayat kesembilan,
Kalau
baca ni, hati kena yakin dengan niat memohon pertolongan daripada
Allah, bukan dengan menganggap ayat ini ayat tangkal. InsyaAllah jika
kita lalu di depan orang yang kita nak elakkan tu, orang tu tak nampak
kita lalu atau tak perasan.
moga bermanfaat.
All the best untuk semua rakan rakanku yang bakal menghadap final exam tak lama lagi tu.
Peace be upon you :)
|