Dancing Bunny

Hello!

Hello!Welcome to my simple triple blog. I'm mushi mushi . thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox, Do follow :)


Story | About | Stuff |
Tagboard!




Big Claps

Template:
Iwani Johana
Freebies:Atiqah
Editor:mushi mushi
Other: Mr. youtube, Mr. Google
Cara Penjagaan Kulit Wajah...
Assalamualaikum reader(s)...


Okey today , aku nak story tentang "penjagaan wajah" .. Haaaa yang perempuan mesti nak tahu kan? cek tahu dah hangpa semua macam mana.. *angkat kening* .. ececehhh .. hehe .. Yela perempuan kalau tumbuh jerawat walaupun 1 pun dah risau kan? Betoi dak? Betoi kan... Okey kenapa jerawat ni tumbuh kat muka kita? :o .. why? Because of what? Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya .. Begitu juga dengan kulit yang aktif .. Sebab hang pa semua kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna dan korang tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.


ohhhhh tidakkk !


Ohh ya! lupa pulak cek nak habaq , huhui ... korang kalau ada jerawat ke ape kan , please jangan picit ! Kalau hang pa picit jugak , jerawat akan merebak ... so , cara yang selamat jangan lah picit....Ada cara lain untuk menghilangkan jerawat.... hang pa mesti nak tahu punya kan? huhu.. Moh sini Mak Jemah nak habaq !


1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)


2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang...Sambil tu , jangan lupa berselawat sekali ye ! :)


3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.


4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.


5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.


6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit ye ! Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat. 



So, korang dah tahu kan macam mana cara-caranya? Okey bagus ! *tepuk tangan* ... so, jangan lah lupa amalkan ye ... Insya Allah .... Dengan izin Allah , muka korang akan berseri-seri nanti ... bagai lampu suluh menerangi rumah yang tak ada elektik ... huhu *tak pernah haku dengaw peribahasa ni* hehe xD ...
Okey , that's all for today ... kalau ada cerita lagi insya Allah aku akan kongsi ... so.... wait yek !
Assalamualaikum .... kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang ... muahaha :*


 


 
 


  


Rahsia Amalan Wanita Solehah....
Assalamualaikum reader(s) ...
Holla Molla Tella Swella ...

Korang sihat? Aku rasa dah lama tak update blog kan? Dah berhabuk dah blog ni fuhhh2 *tiup-tiup habuk* Rasa rindu pulak.. Korang tak rindu aku ke? mesti rindu kan? Eleh jangan tipu la.. hehe :) .. So hari ni aku nak berkongsi ilmu sedikit... Insya Allah kita semua tergolong dalam wanita solehah ini.. Aminnn :) okey .. topic kite hari ini adalah "Rahsia Amalan Wanita Solehah" ... Haaaa korang mesti nak tahu kan? Kalau macam tu , moh le terus kan membaca blog aku ni... huhu .. okey2 rahsia amalan wanita solehah adalah , yang first sekali , kite mesti ----->


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut di murka oleh Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
 
 

 


 
Jadi , itu lah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi ilmu dengan korang .... insya Allah.. Jika kita mengamalkan amalan-amalan di atas tadi , insya Allah korang akan menjadi seorang wanita yang solehah ! Aminnn...so, keep your dignity as a woman ...
 
" Dunia adalah perhiasan, Dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah "
 
So.... that's all for today... Assalamualaikum..
Kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang ....... ^_^ :) 







 

smile :)
Assalamualaikum reader(s) and hye :D


Ehem korang pe habaq? sihat? Alhamdulillah.. okey2 now , word of the day is "smile" .... Faham tak maksud dia? meyhh sini aku translate kan . haha..Smile bermaksud senyum! ... Smile , smile and smile! Okey , why i'm talking about a smile? why? Because there are some people who do not like to smile.. Hollo ... boys , girls .. susah sangat ke nak senyum? senang je kan? huhu ... *duckface* .. okey aku cakap pasal senyum ni sebab aku ni seorang yang suka senyum ... tak kira lah kalau ada masalah ke hape ke , just smile okey .. :)


just smile.. muahhh!
 
Walaupun manusia zaman sekarang menganggap senyuman tu suatu perkara yang remeh , but i'm not! weyhh kalau korang nak tahu , senyuman tu banyak kelebihan tu derr .. wa cakap betul kat lu .. hehe :D Ini aku senyum je kat orang tu , buat muka annoying ... wooooo..woooo macam innocent je muka.. haha .. aku tak kesah la kalau korang tak nak senyum or ape ke kan .. Tapi seelok-eloknya senyum lah sayang oii .. :) It's simple right? Tak payah lah buat muka annoying sangat ... takut tau kite tengok ... *macam nak nangis* hehe :') helo..its many benefits if we smile .. Antaranya ialah :


Kelebihan senyum :
 
1. Senyum membuat anda semua lebih menarik ..Orang yg suka tersenyum , membuat perasaan orang disekitarnya menjadi lebih selesa dan senang.. :)
 
2. Senyum boleh menghilangkan stress .. Senyuman akan mengurangkan stress dan membuat fikiran lebih jernih. 
 
3. Senyum dapat menurunkan tekanan darah .. Seriously okey.. ;)
 
4. Senyum membuat anda kelihatan berjaya. Orang yang tersenyum kelihatan lebih yakin pada diri sendiri..
 
5. Senyum boleh membuat awak semua menjadi awet muda .. Kalau korang banyak tersenyum , confirm awak akan kelihatan lebih awet muda .. Trust me! :D
 
 
 
Soooo... banyak tak kelebihan senyum ? banyak kan ... so kalau korang-korang yang tak suka senyum tu , banyak2 kan lah senyum ye? Pada yang tak tahu senyum tu calling molling lah aku , aku kan pakar senyum... haha cewahhh ! *tayang lesung pipit* :P .. That's all for today , I hope you all will come back smiling and Let our world is full of smiles ... *peace* :D ... Itu sahaja dari saya , mushi mushi .. Assalamualaikum .. Kalau tak jawab dosa , kalau jawab awak comel ! bye .. :)       
 



Cinta 3 suku !
Assalamualaikum reader(s) ...
Kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang ... hehe :)


So hari ni , pada pagi yang indah ni kan .. Aku nak share sikit tentang buku novel yang aku bace ni haaa .."Cinta 3 suku" .. Seriously aku nak cakap , aku dah bace novel ni 10 kali ulang-ulang je .. hahak! Nak tahu kenapa aku minat sangat dengan buku novel ni ?  Because the story is very interesting ! seriously aku cakap .. Walaupun novel ni dah lama kan , tapi the story masih segar lagi dalam ingatan aku ni ... Cewahhh ! ayat ... hehe .. nak tengok tak buku nye macam mana ? jap ea ....



ni la novel nye ..
 
 
Aku punye la bace novel ni sampai touching2 kan ... siap menangis lagi bila baca part yang sedih .. huhu .. Pada aku cerita ni memang menusuk kalbu lah kan .. Kalau boleh lah , cuba lah keluar kan cerita ni dalam tv ke kan .. Confirm aku tengok nanti :') Tapi kalau boleh aku tak nk lah pihak production tu tukar cerita sebenar dalam novel kan .. Aku nak dia ikut jalan cerita ni 100% , baru sweet and best ! Tapi banyak la cerita novel , bila dah keluar kat tv , jalan ceritanya semua ditukar . Ditambah kan konflik yang banyak .. Huhhh! tu yang boring tu .. haha ! just follow the storyline given , its simple right? 


okey2 , now aku nak cerita serba sedikit lah tentang sinopsis "Cinta 3 suku" ni sikit ... korang curious nak tahu tak ? Sini gua bagi tahu lu .. hehe :D
 
 Cinta 3 suku :
 
‘SKETSA Perang’ di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.
 
 
Iman – gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.
 
 
Arie – pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.
 
 
 Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.



Jadi , itulah serba sedikit tentang novel favourite aku ni ... Bercinta selepas kahwin .. huhui bahagianya aku kalau macam tu .. haha ! korang mesti nak kan ? *angkat kening* .. Eleh! tak payah senyum2 kambing sangat lah ... aku dah tahu dah ... hehe :D .. Okey that's all for today . Hope korang enjoy dengan cerita yang aku sampai kan ni :) ..  Ohhh! wait2 , aku ada pantun sikit ni ... Ehem2!
 
Ada ubi , ada batas .
Ada hari kau makan ubi , Ada hari kau makan batas.
 
Huhu Assalamualaikum ... Tak jawab dosa , kalau jawab sayang . muahaha :*



~PAVLOVA~
Assalamualaikum reader(s) ... :)


HoLLa .... today , I want to share about my experience membuat "pavlova" , my favourite cake tu derr... huuuu selama ni aku just reti makan pavlova je kan . Now aku pulak yang try buat pavlova ... Amacam? ade tokoh chef cilik tak muke aku ni ? *angkat kening* hoho xD ... Ehem2 , hang pa semua nak tengok tak hasil tangan aku membuat kek pavlova ni ? *bisik* .. Mesti korang nak tengok kannnn ... tahu dah .. :P .. okey2 aku tunjuk kan ok...
----->


Taraaaaaaa.... Haaa! Ni lah kek nye... Amacam? Lawa tak? Terliur teman tengok...
 
 
So , korang dah tengokkan kek nye? Comel kan... haha kau hado? Tak hado diam ! hakhak :P .. Hang pa mesti nak tahu bahan-bahan dia apa kan? Alamak , kacang je beb ! Mai sini aku bagi tahu resepi ... Dekat la sikit telinga hang tu haaa.. jawapan dia rahsia lah .. hehe . hang pa cari la sendiri.. Mana lah tahu hang pa punye resepi lebih masyuk and sedap ke kan , boleh calling-molling aku .. hihi :D .. okey2 buah ape yang anda perlu letak dekat kek pavlova ni? Emmmmm hang pa nak letak buah apa2 pun boleh .... buah mangga boleh , buah rambutan boleh , buah manggis boleh.. haha tapi....ade ke? :O .. Alaaa , korang nak letak buah simple2 pon boleh meyhhh .. Macam aku guna 4jenis buah je .. :) Aku letak buah blueberry , stawberry , rapsberry and kiwi ... simple kan buah tu.. 
 
 
 

 


 
 
 


Haaaa .. ni lah 4jenis buah yang aku sebut tadi..
 
 
 
So, korang dah tahu bahan-bahan dia and buah jenis macam mana nk guna kan ... Alaa korang cari je buah ni kat pasaraya besar .. Mesti ade punye .. Kalau tak ada , baru korang calling aku ea .. :P .. Okey sekarang dah siap kan . So , hang pa boleh lah buat air untuk makan dengan kek pavlova tu .. buat air juice simple2 je .. macam ni  ------>





Ni air juice blueberry .. sedap kan .. :D
 
 
Okey now kek pavlova dah siap , air juice dah ada .. So ape lagi? Makan lah kan... Ehem! wait2 , nanti sat ... gelojoh betoi hang pa ni .. huhu .. Ni nak bagi tips sat .. Kalau korang nak makan kek pavlova tu , cari la tempat yang romantik and cantik sikit ... Baru ada feeling nak makan .. Alaa kata omputih pun , "baru ada kenikmatan bila kita makan kek .. Betoi dak ? huhu ... 
 
 
 

 Ni contoh tempat yang korang boleh picnic la ... kononye kan lah tadi .. hehe
 
 
Okey ... That's all for today ... selamat mencuba ! :) ... Assalamualaikum ...

 


| Newer Post